Penubuhan Koperasi

2019-10-01 15:33:28

Koperasi Az-Zahabi Selangor Berhad (B-4-1029) tertubuh setelah Mesyuarat Agung Permulaan yang telah di adakan pada 10 Mac, 2012 di Hotel De Palma, Shah Alam, Selangor.

Matlamat Koperasi adalah untuk menyediakan kemudahan penukaran matawang kepada unit-unit emas. Unit-unit emas yang ditawarkan adalah dalam nisbah 0.1 gram yang ditempa daripada jongkong-jongkong 100 gram kas emas 999.9 PAMP Suisse. 

Ahli-ahli dan pelanggan Koperasi akan diberi akses ke akaun atas talian di azzahabi.my yang membolehkan pelbagai urusan seperti mendeposit atau mengeluarkan matawang, jual-beli unit-unit emas yang disediakan oleh Koperasi dan dalam fasa-fasa akan datang, memajak, membayar zakat atau pun memberi sadakah, memindah-milik ke ahli/pelanggan lain dan bergabung dalam bursa musyarakah.

Messages